Sunday, December 5, 2010
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH
PEJABAT PERPADUAN DAERAH SEREMBAN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA YANG MENYERTAI KARNVAL SUKAN PERPADUAN DAERAH SEREMBAN 2010 PADA 5 DISEMBER 2010 YANG LALU. JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN KARNIVAL "SUPER" 2010
Thursday, September 30, 2010
Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama YAB Menteri Besar N.S
Jemputan Rasmi ke "Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama YAB Menteri Besar N.S" Anjuran KRT Tmn Bkt Margosa dengan Kerjasama JPNIN Daerah Seremban pada 2 Oktober 2010 (Sabtu) jam 8.00 malam bertempat di Padang Bola Jln Margosa 8 (Sebelah Lebuh Raya Lekas). Semua dijemput hadir bagi memeriah serta menjayakan Majlis tersebut. Sekian Terima Kasih
Monday, September 6, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
PEJABAT PERPADUAN DAERAH SEREMBAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA , TABIKA PERPADUAN, TASKA PERMATA PERPADUAN DAERAH SEREMBAN DAN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI DAERAH SEREMBAN.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
"BERHATI HATI DI JALAN RAYA"
Thursday, August 26, 2010
MAJLIS BERBUKA PUASA JPNIN SEREMBAN
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Seremban akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 53 Peringkat Daerah Seremban pada ketetapan berikut :
Pada : 31 Ogos 2010 (Selasa)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Restoran Rakyat, Wisma PBNS , Rahang
Perasmian Oleh : YB. Dato` Yunus Bin Rahmat
Exco Kerajaan Negeri Sembilan
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 53 TAHUN
Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Seremban Mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 53 Tahun.
"1 Malaysia Menjana Transformasi"
Wednesday, August 25, 2010
Salam Ramadhan 2010
Assalammualaikum W.B.T dan Salam Perpaduan. Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Seremban Mengucapkan Salam Ramadhan 1431 H kepada semua Pengerusi dan Ahli jawatan kuasa Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan , Taska Permata Daerah Seremban dan kepada muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. Wassalam
MAKLUMAN PERTUKARAN PEJABAT
Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Seremban telah berpindah ke Bangunan Pusat Rukun Tetangga Rasah Tengah A, Jalan Rasah 70300 Seremban Negeri Sembilan bermula pada 9 Ogos 2010. Sebarang Pertanyaan boleh hubungi nombor berikut : No Telephone Pejabat = 06-7639641 / 06-7614502 No Faks : 06-7614503 atau e-mail : ppdseremban@gmail.com. Harap Maklum, Terima Kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)